LANGKAWI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengunjurkan peningkatan 2.5 peratus nilai jualan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia pada tahun ini, daripada RM3.3 bilion dicatatkan pada kempen sama tahun lepas.
Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata walaupun pandemik COVID-19 dan pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada aktiviti ekonomi, pihaknya optimis nilai jualan pada tahun ini lebih tinggi, berlandaskan unjuran semasa yang hampir mencapai sasaran.
"Pada 2019, pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.87 bilion dengan RM6.84 juta daripadanya diperoleh melalui portal dalam talian.
"Jumlah tersebut meningkat kepada RM3.3 bilion pada tahun lepas, dengan nilai jualan menerusi dalam talian mencatat pertambahan amat besar melebihi RM145 juta," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 di sini, hari ini.
Beliau berkata menerusi kempen itu kementeriannya menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan dan menyokong barangan buatan tempatan, terutama dalam membantu negara bangkit daripada impak pandemik COVID-19, sekali gus memulihkan semula ekonomi.
Dalam pada itu, menyedari banyak lagi produk keluaran tempatan yang unik, berkualiti tinggi serta berpotensi menembusi pasaran dalam dan luar negara, Rosol berkata kementerian sedang berusaha menambah baik program penandaan logo Buatan Malaysia.
Menurutnya langkah itu selaras dengan hasrat KPDNHEP untuk melihat lebih banyak produk keluaran tempatan diiktiraf dan dikenali terutama di peringkat antarabangsa.
"Penandaan logo Buatan Malaysia ini memberikan nilai tambah dan jaminan kualiti terhadap sesuatu produk keluaran tempatan, kerana penggunaannya tidak diberi sewenang-wenang kepada pengusaha produk, sebaliknya perlu melalui prosedur permohonan yang ketat," katanya.
Pada majlis itu, Rosol turut meninjau Karnival Jualan Barangan Malaysia sempena kempen tersebut yang diadakan di Dataran Cenang di sini selama empat hari sehingga esok, dengan penglibatan 20 usahawan mikro, kecil dan sederhana tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya optimis nilai jualan pada tahun ini lebih tinggi, berlandaskan unjuran semasa yang hampir mencapai sasaran. - Gambar fail
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.