Kempen beli barang tempatan pasca PKP
Irwan Muhammad Zain
Jun 9, 2020 14:22 MYT
Jun 9, 2020 14:22 MYT
Akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ekonomi dunia terjejas teruk dan banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar.
Menyedari keperluan untuk menaikkan kembali ekonomi tempatan, satu kempen menggalakkan orang ramai meningkatkan ekonomi tempatan dijalankan.
Kempen #belilokalmy diusahakan oleh pengasas Tempatan Fest, Mohd Nasir Abdul Rashid, bertujuan membina semula ekonomi banyak keluarga yang telah jatuh teruk.
"Idea ini terbit atas rasa prihatin dan perlunya usaha yang sangat kuat bagi membina semula ekonomi banyak keluarga yang telah jatuh teruk sepanjang tiga bulan tidak dapat berbuat apa-apa di rumah.
"Bisnes banyak runtuh dan ia bukan dalam skala tempatan tetapi di seluruh dunia. Oleh itu, kita tidak boleh mengutamakan ekonomi negara lain lagi, kerana ekonomi tempatan ialah yang paling utama.
"Dengan membeli servis dan barangan tempatan, ia membantu menguatkan semula sumber dalaman, dan ekonomi tempatan juga akan jadi milik kita," katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Nasir berharap kempen ini akan mendapat sokongan dari semua pihak bagi memastikan ekonomi tempatan kembali kukuh.
Setakat ini kempen menguatkan ekonomi tempatan mendapat sokongan dari pengusaha jenama tempatann dan penggiat muzik indie.
#barang
#belilokalmy
#bisnes
#buka semula ekonomi
#COVID-19
#ekonomi
#filem
#jenama tempatan
#kempen
#kukuhkan
#Mohd Nasir Abdul Rashid
#muzik
#pengusaha
#perniagaan
#tempatan
#Tempatan Fest