Kemesraan pengantin diraja curi tumpuan rakyat jelata

Azyyati Ahmad
Ogos 26, 2024 14:20 MYT
Orang ramai menyaksikan Istiadat Persandingan Puteri Sultan Pahang Tengku Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar yang ditayangkan di padang MBK) 1 pada Ahad. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz pada Ahad, terus menjadi bualan rakyat jelata.
Tular di media sosial gelagat mesra kedua-dua mempelai diraja yang sempat dirakam pada istiadat persandingan yang membuatkan ramai teruja.

Istiadat Perkahwinan DiRaja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah & FD Idzham.

berbahagia selamanya Tengku Afzan dan suami. semoga beroleh rumah tangga mawaddah warahmah aamin pic.twitter.com/iOd2hZJkgB

— (@bckupacc99) August 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak boleh move on laa dgn perkahwinan diRaja ni serba serbi cantik, manis, herlokk pastuu yelah, nama pun pengantin baru.. tapi alaaaa, sweet weiii Tengku Putri Afzan dgn suamii diaa

— Lilin Meja AmeAedy (@HH_AmerLee) August 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

comelnyaaa tengku puteri afzan and her husband

— () (@sinyawowalif) August 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat yang nampak daripada dua majlis Tengku Puteri Afzan ni, aku suka la tengok busana dan orangnya. Puteri Raja pun kahwin sopan, cantik je.

— s (@syahbinar) August 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah kehadiran kedua mempelai diraja berkenaan di khalayak ramai turut mencuri tumpuan rakyat dalam merakamkan kemesraan pasangan pengantin diraja.
Rakyat jelata tidak melepaskan peluang bergambar bersama apabila pengantin diraja itu muncul mengunjungi Pasar Sera Kuantan.
Dapat dilihat dari gaya Tengku Puteri Afzan yang sopan dan tidak lekang dengan senyuman sambil tangan menggenggam erat suaminya, FD Idzham.

Love nya tengok Tengku Puteri Afzan happy je skrg muka dia. Senyum bahagia gituh pic.twitter.com/x0grJBBvmr

— N E Y R A (@neyrashazeyra) August 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

LOOK WHO WE WERE SERVEDD GUYSS Its our princess and her husband Selamat Pengantin Baru buat Tengku Puteri Afzan dan suaminya, FD Idzham FD Iskandar Semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke Jannah. pic.twitter.com/OFTA3KQwXe

— DEE (@sunshiinee3_) August 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham selamat diijabkabulkan pada Khamis lalu di Balai Mahkota, disusuli istiadat berinai pada Jumaat.
Kesemua istiadat disiarkan secara langsung melalui dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 dan satu di Tasik KotaSAS, di Kuantan.

Istiadat Bersanding DiRaja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wearing Haute Couture by Rizalman, makeup by Rozlan Nassir and hijab styled by Nazlivingstyle. https://t.co/VXg0TEpX5l pic.twitter.com/f6Bwvab3P9

— AE (@arfdy12) August 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah #FD Idzham FD Iskandar #Sultan Pahang #pengantin diraja
;