Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia di New York

Astro Awani
September 20, 2019 20:06 MYT
Muhyiddin Yassin dan Syed Mohamad Hasrin di majlis resepsi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 di New York, Amerika Syarikat pada Khamis.
SEKALIPUN jauh di perantauan, namun sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 tetap tidak lupa diraikan oleh rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.
Di New York, Amerika Syarikat misalnya, sambutan kedua-dua hari yang cukup bermakna itu dianjurkan oleh Perwakilan Tetap negara ke Bangsa-bangsa Bersatu (BB).
Walaupun majlis itu iadakan dalam skala yang sederhana, namun kemeriahan tetap terasa kerana semangat Malaysia jelas terpamer.
Apa yang lebih istimewa, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia turut disertai Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menjadi tetamu kehormat pada acara resepsi yang diadakan pada Khamis malam.
Selain Muhyiddin, majlis berkenaan turut dihadiri para diplomat dari pelbagai negara.
Para tetamu yang menghadiri majlis berkenaan disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Syed Mohamad Hasrin Aidid dan dijamu dengan pelbagai sajian Malaysia.
Acara berkenaan turut menampilkan persembahan tarian tradisional oleh kumpulan tari anak-anak diplomat yang dikenali sebagai Gemala Sitra New York. Mereka dipimpin oleh rakyat Malaysia yang kini menetap di New York, TK Lim @ Aqoque.
#Hari Kebangsaan #Hari Malaysia #Malaysia #New York #PBB #Perwakilan Tetap
;