Kementerian Pertahanan akan menguatkan lagi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi memantau pengaruh militan Daish agar tidak menular dalam kalangan rakyat negara ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata walaupun kerja memantau militan Daish berada di bawah PDRM, namun pihaknya juga mempunyai anggota risikan yang sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam menangani isu tersebut.
"Soal IS (Daish) kita tidak boleh pandang ringan kerana ia libatkan rakyat Malaysia yang hari ini kalau kita tengok dalam media sosial yang terlibat dalam keganasan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama veteran Angkatan Tentera Malaysia di sini semalam.
Kalangan anggota tentera, beliau tidak menafikan ada antara anggota tentera yang terlibat dengan militan Daish, namun kesemua mereka katanya telah dapat dikenal pasti dan telah diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Dalam ATM kita sentiasa pantau anggota kita supaya mereka tak terlibat dengan Daish, katanya yang enggan mendedahkan lanjut butiran berkenaan.
September 2015, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata anggota tentera yang didapati terlibat dengan kumpulan militan Daish akan dipecat daripada perkhidmatan.
Ia susulan penahanan beberapa anggota tentera pada Ogos 2015 yang dikesan terlibat dengan kumpulan pengganas itu.
Mengenai kawalan keselamatan di sempadan negara sempena musim perayaan, beliau berkata rakyat negara ini terutamanya penduduk di Sabah tidak perlu bimbang kerana pihaknya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang ancaman.
"Bagi pihak ATM kami sentiasa berwaspada mengenai apa jua keselamatan dan bersedia menghadapi segala ancaman baik di sini ataupun di kawasan panas seperti Sabah, semuanya dalam keadaan terkawal tiada apa-apa dan kami harap rakyat dapat sambut Aidilfitri dengan aman damai," katanya.
Bernama
Wed Jun 29 2016
JOHARI: Soal IS (Daish) kita tidak boleh pandang ringan kerana ia libatkan rakyat Malaysia.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.