KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam di negara ini.
Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu juga bertujuan membudayakan amalan menyebarkan mesej keharmonian dan muhibah antara penganut pelbagai agama.
Beliau berkata pelbagai program dirangka bagi melaksanakan usaha itu seperti jelajah turun padang dan wacana mengetengahkan konsep asas integrasi nasional iaitu 'Faham, Hormat dan Terima' bagi memastikan budaya keharmonian antara masyarakat sentiasa terpelihara.
"Kepelbagaian merupakan warisan sejarah pembentukan masyarakat Malaysia yang seharusya dirai dan dipelihara agar perpaduan dan keharmonian dapat dikekalkan.
"Walaupun wujud perbezaan daripada kepelbagaian yang menjadi cabaran dalam mengukuhkan perpaduan namun jika ianya diuruskan dengan baik, kepelbagaian ini menjadi kekuatan negara dalam membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu," katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Harmoni Madani di sini, hari ini.
Sempena pelancaran inisiatif itu, Aaron dan timbalannya K. Saraswathy bersama kira-kira 100 peserta berjalan kaki mengunjungi tujuh rumah ibadat seperti surau, kuil, tokong dan gereja di sekitar Brickfields sebagai simbolik kesatuan dan kebersamaan rakyat Malaysia.
Kunjungan sedemikian sebelum ini telah dilaksanakan di beberapa lokasi di seluruh negara dan akan diteruskan di Sabah pada Mei ini, Sarawak dan Perlis pada Jun serta Melaka pada November.
Sementara itu, Aaron berkata kementeriannya sedang memuktamadkan penganjuran Sambutan Hari Toleransi Sedunia yang akan diadakan di Melaka pada 16 Nov depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Inisiatif Harmoni Madani hari ini. - Foto Bernama
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang
Kematian pelajar Tingkatan Dua itu tiada kaitan unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.
Kementerian Perpaduan Negara cadang pinda Akta Rukun Tetangga
Langkah membuat semakan dan pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 sejajar dengan cabaran serta keperluan semasa.
Sekolah vernakular kini jadi tarikan, suburkan perpaduan - Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini merupakan trend yang menarik dalam konteks perpaduan dalam negara.
Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat yang beliau tidak dipanggil SPRM berhubung siasatan isu MITRA.
PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.
Ahli politik harus berhenti manipulasi sentimen perkauman - Sivamurugan Pandian
Perkara itu terbukti seperti Tragedi Mei 1969, rusuhan kaum Kampung Rawa dan Kampung Medan, yang terus jadi titik hitam dalam sejarah negara.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.