Kementerian nafi khabar angin UPSR 2014 dibatalkan
Bernama
September 11, 2014 23:12 MYT
September 11, 2014 23:12 MYT
Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan ekoran kebocoran beberapa
kertas soalan peperiksaan itu.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.
"Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.
"Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari website Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.
Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran.