Kementerian Luar sahkan pelajar Malaysia maut dilanggar kereta api di London

Astro Awani
Januari 27, 2016 15:52 MYT
Muhamad Aaron pada ketika sebelum kejadian dikatakan dalam perjalanan pulang dari universiti ke rumahnya dan seorang diri pada waktu itu. - Foto Instagram
Kementerian Luar mengesahkan seorang pelajar Malaysia, Muhamad Aaron Maseri meninggal dunia selepas dilanggar kereta api bawah tanah (TUBE) di Stesen Marble Arch di London pada pukul 6.20 petang Selasa waktu tempatan.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar menyatakan jenazah Muhamad Aaron, pelajar di Universiti Middlesex kini ditempatkan di Westminister Public Mortuary bagi proses pengesahan identiti dan bedah siasat.
"Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Aaron dan sedang membantu keluarga dalam proses membawa jenazah pulang ke Malaysia dalam masa terdekat," jelas kenyataan itu.
Menurut sebuah portal, Muhamad Aaron pada ketika sebelum kejadian dikatakan dalam perjalanan pulang dari universiti ke rumahnya dan seorang diri pada waktu itu.
Jelas portal itu lagi, ambulans dan bomba tiba di stesen berkenaan pada pukul 6.26 petang.
#Aaron Maseri #Kementerian Luar #London #meninggal #pelajar #TUBE
;