Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia

Bernama
Ogos 7, 2024 22:45 MYT
Amran (kanan) menerima kunjungan hormat Mustapa yang mengetuai delegasi UNAM dalam lawatan ke Wisma Putra semalam. - Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), yang diketuai oleh Presiden Majlis Pentadbirnya, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam.
Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Luar berkata, kedua-dua pihak membincangkan cara untuk memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan belia.
"Kerjasama ini termasuk usaha bersama antara UNAM dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR)," katanya. - BERNAMA
#Kementerian Luar #UNAM #Mustapa Mohamed #program kesedaran PBB