Kementerian Luar buka jalan rundingan dengan negara pengeluar vaksin - Hishammuddin

Faris Danial Razi
September 3, 2020 22:08 MYT
Hishammuddin berkata, Kementerian Luar akan membuka jalan rundingan dan memantau perkembangan penghasilan vaksin oleh negara luar. -Gambar fail
Kementerian Luar akan terus membuka jalan untuk berunding dengan negara-negara yang kini giat menjalankan ujian klinikal penghasilan vaksin COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang menyifatkan Malaysia tidak mahu terburu-buru dalam pembelian vaksin COVID-19.
“Seperti apa yang diumumkan oleh Dr Adham, adalah penting untuk mengkaji keberkesanan vaksin sebelum meneruskannya.
“(Kita) akan bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantau perkembangan berkenaan,” jelas Hishammuddin menerusi akaun Twitter rasminya pada malam Khamis.

Yes, @MalaysiaMFA will continue to keep the lines of communication open with countries currently conducting trials. As @DrAdhamBaba said, it is important to study the effectiveness of the vaccines before proceeding. Will be working closely w/ @KKMPutrajaya to monitor developments https://t.co/HlMe4dqF0L

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) September 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Dr Adham menjelaskan, buat masa ini kerajaan masih menunggu negara pengeluar vaksin menjalankan ujian klinikal yang melibatkan tiga fasa, dengan fasa terakhir adalah ujian ke atas manusia.
BACA: Malaysia tidak terburu-buru beli vaksin COVID-19
Jelasnya, pihaknya akan menunggu negara terbabit melakukan ujian klinikal seperti China yang membuat ujian di Emiriah Arab Bersatu dan Brazil.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan susulan laporan sesetengah negara telah memulakan proses diplomasi bagi pembelian vaksin berkenaan.
#Brazil #China #COVID-19 #Hishammuddin Hussein #Kementerian Kesihatan #Kementerian Luar #kerajaan #kesihatan #KKM #koronavirus #vaksin
;