Kementerian Komunikasi tidak keluarkan peraturan bagi panggilan dan teks WhatsApp

Bernama
Mei 23, 2024 09:00 MYT
Kementerian Komunikasi menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu. - Gambar hiasan/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.
Kementerian Komunikasi menerusi kenyataan hari ini menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu serta sentiasa semak kesahihan maklumat melalui portal Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia.
Sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tular mesej kononnya peraturan komunikasi baharu diperkenalkan bagi penggunaan WhatsApp melalui suara dan video yang akan dilaksanakan mulai esok.
Menurut mesej berkenaan, semua panggilan akan dirakam dan semua rakaman panggilan akan disimpan selain WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan semua media sosial akan dipantau.
-- BERNAMA
#kementerian komunikasi #peraturan komunikasi baharu #panggilan dan teks WhatsApp #berita palsu