KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu Kementerian Kewangan bersetuju untuk meluluskan pelaburan RM150 juta oleh Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad selepas meneliti tiga kertas cadangan pelaburan dikemukakan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bekas Pengurus Besar Kumpulan Kewangan (CFO) Felcra Berhad Mohd Azmy Abu Samah, 54, berkata Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif agensi berkenaan mengemukakan tiga kertas cadangan tersebut masing-masing melibatkan pelaburan RM50 juta, RM100 juta dan RM150 juta untuk pertimbangan kementerian.
Mohd Azmy berkata pada asalnya Bung Moktar bertemu dengan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang ketika itu Menteri Kewangan II di Parlimen dan menyerahkan satu kertas cadangan berhubung pelaburan RM50 juta dalam unit amanah.
"Namun, Menteri Kewangan II bertanya kepada Bung Moktar mengapa tidak laburkan kesemuanya yang merujuk kepada dana pencen dalam Felcra,'' kata saksi itu semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria, pada perbicaraan kes rasuah membabitkan Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.
Menurut saksi pendakwaan ke-26 itu, beliau kemudian memberitahu Bung Moktar, ia terpulang kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang juga pemegang saham dan menasihati Bung Moktar supaya tidak melaburkan kesemuanya.
Saksi itu berkata MKD bagaimanapun meluluskan pelaburan RM150 juta melalui surat bertarikh pada 23 April 2015.
Disoal Mohd Sophian mengenai sama ada RM150 juta dalam pelaburan unit amanah Public Mutual dibentangkan dahulu kepada ahli lembaga pengarah Felcra, Mohd Azmy menjawab, "Tiada keperluan, namun sebarang pelaburan perlu dilaporkan kepada ahli lembaga pengarah".
Bagaimanapun, saksi itu berkata pemindahan wang RM150 juta untuk pelaburan unit amanah itu tidak dilaporkan kepada ahli lembaga pengarah sebelum pemindahan wang dibuat.
"Wang RM150 juta itu dimasukkan ke dalam akaun unit amanah Public Mutual dan saya telah memaklumkan perkara itu secara bertulis kepada Bung Moktar," kata Mohd Azmy.
Prosiding di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 6 April ini.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab serupa dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
![Kementerian Kewangan lulus pelaburan RM150 juta selepas teliti kertas cadangan Bung Moktar - Saksi Kementerian Kewangan lulus pelaburan RM150 juta selepas teliti kertas cadangan Bung Moktar - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648558942_TBBUNGRASUAH.jpg)
Bung Moktar didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati pada 12 Jun 2015. - Gambar fail
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675066871_ZahidUMNOSabah.jpg)
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
![ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673339233_TBdunsabah.jpg)
ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.
![Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673151241_kanopi.jpg)
Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.
![Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667964709_TBBUNGMOKTAR.jpg)
Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.
![Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670510391_BungMoktar.jpg)
Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).
![PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71656765482_TBbung.jpg)
PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655281965_TBcerunruntuh.jpg)
Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.
!['Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar 'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51651110938_DATUKSERIBUNGMOKT.jpg)
'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.
![Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647963386_KLIA.jpg)
Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.
![Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649421169_TBBUNGRASUAH.jpg)
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.