Kementerian Kesihatan Arab Saudi lantik ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji

Bernama
Julai 29, 2020 12:16 MYT
Langkah merangkumi penjarakan sosial dan pergerakan semasa ibadah haji dijalankan, demi keselamatan dan keselesaan jemaah. (Foto AP/Fail)
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menugaskan seorang ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji tahun ini, yang diadakan pada skala lebih kecil berbanding musim haji sebelum ini.
Langkah yang belum pernah diambil sebelum ini itu bertujuan untuk memastikan semua aspek kesihatan dilaksanakan berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, menurut kenyataan di laman web Kementerian Media Arab Saudi mengenai musim Haji 2020.
Setiap ketua kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan jemaah di bawah jagaannya mematuhi langkah-langkah pencegahan kesihatan yang dikuat kuasa pihak berkuasa.
Langkah-langkah itu merangkumi penjarakan sosial dan pergerakan semasa ibadah haji dijalankan, demi keselamatan dan keselesaan jemaah, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #COVID-19 #Haji #Haji 2020 #ibadah #jemaah #kesihatan #ketua kesihatan #pencegahan #penjarakan sosial #pergerakan
;