Kementerian jumpa keluarga mangsa jambatan Pulau Pinang
Astro Awani
Jun 12, 2013 09:10 MYT
Jun 12, 2013 09:10 MYT
Susulan kejadian runtuhan jambatan kedua Pulau Pinang, pegawai Kementerian Kerja Raya akan berjumpa keluarga mangsa runtuhan minggu ini.
Menurut pengarah pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd, Mohd Ashari Alias tindakan tersebut adalah wajar bagi meringankan beban keluarga mangsa.
Selain bantuan kewangan 10 ribu ringgit, pihaknya akan membayar pampasan dan memberi bantuan kepada mereka.
Tajuddin meninggal dunia Khamis lepas apabila tanjakan jambatan itu runtuh dan menimpa kereta Perodua Kelisa dipandunya di lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung.
Ekoran dari itu, keluarga Allahyarham Tajuddin menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju projek, JKSB dan kontraktor, Cergas Murni Sdn Bhd kerana kecuaian.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.