Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin

Bernama
Ogos 9, 2016 07:59 MYT
MITA berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China. - Gambar hiasan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memberi kepada Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) lesen sementara bertutur dalam bahasa Mandarin untuk pemandu pelancong, sejajar dengan ketibaan pelancong dari China yang tinggi jumlahnya di negara ini.
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata oleh kerana China adalah pasaran pelancongan penting bagi Malaysia, beliau berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China ke negara ini.
"Malaysia menyasarkan kedatangan lebih empat juta pelancong China setiap tahun dan MITA juga ingin memastikan anggotanya memberi perkhidmatan dan sokongan terbaik kepada semua pelancong terutama dari China," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.
Kini, industri pelancongan merupakan sumber pendapatan tukaran asing kedua terbesar bagi Malaysia selepas eksport barangan pembuatan.
#bahasa Mandarin #Pelancong China #Presiden MITA #Uzaidi Udanis
;