Kemenangan penting buat City - Guardiola

Astro Arena
Oktober 18, 2020 10:39 MYT
Pemain Manchester City Sergio Aguero bersama pengurus Pep Guardiola selepas dikeluarkan ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Arsenal di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 17 Okt, 2020. REUTERS
PEP Guardiola berasakan sikap Manchester City ketika menang 1-0 ke atas Arsenal akan membantu membina keyakinan dan pujian harus diberikan kepada unit pertahanan.
Raheem Sterling meledak gol tunggal perlawanan selepas 23 minit di Stadium Etihad, menampan masuk rebound selepas Bernd Leno menepis keluar percubaan Phil Foden.
City juga membuka jaringan ketika dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini berdepan Leicester City dan Leeds United, perlawanan yang diakhiri dengan kekalahan 5-2 dan seri 1-1.
Semalam, di sebalik ketiadaan pertahanan tengah, Aymeric Laporte, skuad kendalian Guardiola berjaya memastikan kemenangan.
Ederson menafikan percubaan Arsenal tiga kali dalam separuh masa pertama sebelum Arsenal sekadar berjaya melakukan satu percubaan dalam separuh masa kedua, pertahanan City dibarisi oleh Kyle Walker, Ruben Dias dan Nathan Ake.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar seperti kami jangkakan. Ia merupakan untuk keyakinan kami, penting untuk menang bagi menghapuskan masalah yang dihadapi pasukan," kata Guardiola.
"Ketika berdepan Leeds, Ederson melakukan aksi cemerlang dan sekali lagi hari ini.
"Apa yang dipamerkan hari ini, tanpa mengawal bola, kami bertahan bersama. Saya berasakan Nathan dan Ruben sangat menakjubkan dan Kyle sebagai pertahanan tengah.
"Saya berasakan perlawanan ini akan membantu pasukan untuk melangkah ke hadapan.
Keputusan itu merupakan kemenangan ke-500 Guardiola dalam kariernya sebagai jurulatih, termasuk ketika mengendalikan Barcelona B.
#Pep Guardiola #Manchester City #Raheem Sterling #Arsenal #Aymeric Laporte #EPL #Liga Perdana Inggeris #Ederson
;