Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau sebagai bukti demokrasi negara masih segar.

Katanya beliau yakin pembangkang tidak akan menuduh Suruhanjaya Pilihanraya Raya, SPR tidak telus selepas memenangi PRK berkenaan.

Najib bagaimanapun optimis kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS sebagai petanda positif bahawa masyarakat di Sungai Limau sudah mula cenderung menyokong BN.

Katanya penilaian awal menunjukkan BN berjaya meraih undi tertinggi di 10 pusat daerah mengundi, berbanding hanya 9 yang diperolehi PAS.

BN juga dilihat sudah berjaya menarik sokongan pengundi cina selepas meraih undi tertinggi di 2 pusat daerah mengundi yang majoritinya terdiri daripada masyarakat itu.