Keputusan mutakhir pemilihan UMNO 2013 memperlihatkan keputusan seri bagi dua calon jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun di mana masing-masing memperolehi jumlah kemenangan yang sama sebanyak 73 undi, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli.
Menurut Tajol Rosli, berdasarkan situasi tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan akan menggunakan kaedah pengiraan undi popular seperti mana yang telah diputuskan sebelum ini bagi menentukan pemenangnya.
“Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan menggunakan kaedah undi popular bagi menentukan siapa pemenangnya. Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari 189 bahagian di seluruh negara.
“Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru,” ujarnya kepada pemberita di sidang media bertempat di Aras 4, Menara Dato Onn di sini pada Ahad.
Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh, Ibu Pejabat UMNO akan memanggil calon atau wakil calon tersebut dalam masa yang terdekat untuk menyaksikan perjumlahan semula undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO itu.
“Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon selepas hari raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri kertas undi yang diterima ini oleh kedua-dua calon ini.
“Oleh yang demikian, kedua-dua calon bolehlah datang atau menghantar wakil apabila dipanggil oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat proses perjumlahan semula kertas undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon ini bagi menentukan siapa pemenangnya,” ujarnya.
Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diberitahu kepada media setelah urusan penjumlahan semula undi untuk undi popular selesai dilaksanakan.
Manakala bagi keputusan sayap wanita pula, Datuk Seri Shahrizat mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dengan memperolehi undi daripada 172 bahagian. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Azizah Mohd Dun yang memperolehi 127 undi bahagian.
Keputusan bagi sayap pemuda pula memperlihatkan Khairy Jamaluddin terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila 189 memberikan undi kepada beliau. Manakala bagi jawatan pengerusi tetap Pemuda UMNO Malaysia pula di menangi oleh Zubir Zabidi dengan memperolehi sebanyak 89 undi.
Bagi pemilihan di peringkat sayap puteri UMNO pula, Mas Ermieyati telah terpilih sebagai ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru apabila memperolehi sebanyak 138 undi, manakala bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Zahida Zarik Khan yang memperolehi 99 undi. -MediaUMNO
UMNO Online
Mon Oct 14 2013

Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Hairi sah menang Naib Ketua Pemuda UMNO
ADUN Larkin itu menang tipis dengan 87 undi menewaskan pencabarnya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham yang memperoleh 84 sokongan.

Pemilihan UMNO: Hanya keputusan Naib Ketua Pemuda belum boleh dimuktamad - Shahrir
Hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan pada malam ini.

Nazifuddin umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
Beliau ingin membantu sayap itu bagi menarik golongan muda agar dapat bersama-sama memperkukuhkan perjuangan parti.

Keterbukaan pemimpin politik bekerjasama, petanda awal kestabilan dan pemulihan - Shahril
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan menyambut baik keterbukaan Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang yang menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk bekerjasama demi kebaikan negara.

KLIYD 2017: Peluang anak muda bertukar pandangan dengan pemimpin
KLIYD 2017 dengan tema Embracing Total Security: Why It Matters adalah kali kedua diadakan selepas penganjurannya pada tahun lalu.

Ucapan Krismas: Guan Eng patut cermin diri sendiri dahulu - Pemuda UMNO
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan tidak melihat diri sendiri yang terpalit kes rasuah apabila menyatakan Malaysia sebuah negara penuh korupsi di dalam ucapan Krismasnya.