KUALA LUMPUR: Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sabah dan Sarawak untuk program Kembara Kenali Borneo akan membantu menghakis perasaan kewilayahan dan kenegerian antara rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Borneo Semenanjung Serit Banyan berkata, keberangkatan Seri Paduka berdua turut menghapuskan persepsi ramai pihak bahawa rakyat Sarawak dan Sabah selama ini 'dianaktirikan' setelah menyertai Malaysia pada 16 Sept 1963.
"Keberangkatan Seri Paduka berdua membuktikan bahawa semua kita berada dalam satu keluarga besar di bawah naungan seorang ketua negara yang sama. Jadi, saya kira ia boleh menghakis perasaan kewilayahan dan kenegerian yang menebal antara rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Ini sekali gus dapat meningkatkan integrasi nasional selain merapatkan jurang semua pihak kerana tiada yang ketinggalan atau dianaktirikan dalam membina sebuah negara bangsa yang maju," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara, membincangkan Kembara Kenali Borneo: Semai Tekad Perpaduan terbitan Bernama TV malam tadi.
Kembara Kenali Borneo julung kali diadakan oleh ketua negara itu bermula 3 hingga 13 Sept, menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berpeluang mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Kembara berkenaan bermula dari Tawau, Sabah dan akan berakhir di Telok Melano, Sematan, Sarawak melibatkan jarak perjalanan lebih 2,100 kilometer dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
Berasal dari Betong, satu daripada kawasan luar bandar di Sarawak yang akan dilalui Al-Sultan Abdullah, Serit juga pasti kembara itu tidak akan dapat dilupakan oleh rakyat di Bumi Kenyalang lebih-lebih lagi apabila ia jarang berlaku.
"Disebabkan jarak dan demografi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan maka kebanyakan aktiviti Seri Paduka berdua biasanya dijalankan di Semenanjung tetapi kali ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah datang sendiri untuk bertemu dengan rakyat.
"Jadi ia akan menjadi momen bersejarah buat mereka kerana inilah figura dan ketua negara yang kita cari-cari dan idamkan, seorang yang penyayang dan sanggup mengetepikan protokol untuk mendekati rakyat," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah Prof Madya Dr Firdausi Suffian pasti bahawa Yang di-Pertuan Agong akan mendalami permasalahan rakyat di kedua-dua negeri termasuk yang berkaitan kemiskinan dan intrastruktur asas, sepanjang kembara berkenaan.
"Semua daerah dilalui Seri Paduka di Sabah adalah daerah yang tinggi kadar kemiskinan dan penganggurannya selain tidak mencukupi akses kemudahan asas dan infrastruktur jalan yang baik. Saya percaya ini semua akan diambil kira oleh Seri Paduka supaya ia dapat diberi perhatian oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 atau Belanjawan 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Yang di-Pertuan Agong berkenan melambaikan tangan sebelum berangkat pulang selepas Majlis Santapan Bersama Masyarakat Lahad Datu di Dewan Perdana, Lahad Datu, malam tadi. --fotoBERNAMA
Dua hari siapkan baju tema Jalur Gemilang
Bagi membuktikan semangat cintakan negara, Aishah Abdul sanggup bersengkang mata dua hari menyiapkan busana berciri Jalur Gemilang untuk pertandingan pakaian beragam di Program Sambutan Anak Merdeka Hari Kebangsaan ke 67 pada Sabtu.
AS-Malaysia komited membina persahabatan, kerjasama
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bukti semangat kebangsaan, rakyat tidak iktiraf tuntutan luar
Sambutan Hari Sabah adalah bukti semangat kebangsaan rakyat negeri itu untuk mendapat kebebasan daripada penjajah sekali gus tidak mengiktiraf sebarang tuntutan luar ke atas negeri ini
KPD Dang Wangi zahir terima kasih kepada pasukan SAR
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Sulizme Affendy Sulaiman mengucapkan terima kasih atas kerja keras semua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India selepas operasi pencarian ditamatkan pada Sabtu.
Pearly-thinaah atasi pasangan nombor dua dunia, layak ke final
Kem badminton negara menjadikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 lebih bermakna apabila giliran beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah mengesahkan kemaraan ke final Terbuka Korea 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo di Seoul, pada Sabtu.
Bekas jururawat hilang, berhenti kerja 29 Ogos lalu
Seorang bekas jururawat dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.
Tumpuan Ahad 1 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gaza mulakan usaha pemvaksinan polio untuk kanak-kanak bawah 10 tahun
Kempen itu bermula pada Sabtu di Khan Younis untuk memberikan vaksin kepada lebih 90 peratus kanak-kanak di seluruh Wilayah Gaza menjelang 12 Sept ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Ogos 2024.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana