Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat

Harits Asyraf Hasnan
Mac 6, 2021 19:00 MYT
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat. - fotoBERNAMA
SINONIM dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat.
Itu gambaran jelas kepada pasangan diraja, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat ‘tidak menang tangan’ tatkala musibah menimpa rakyat.
Meredah banjir, memberi sumbangan, mengerah keringat hingga menyediakan masakan kepada rakyat terutama mangsa banjir telah menjadi lumrah kepada baginda berdua.
BACA: Agong berkenan kurnia rumah kepada mangsa banjir
Tidak ada daerah banjir yang dipinggirkan di negeri Pahang, suatu nilai yang diwarisi daripada ayahanda baginda, Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar.
Dari Istana Pahang ke Istana Negara, langkah disusun atur baginda berdua cukup disenangi rakyat.
Malah, baginda juga akan memastikan setiap barangan keperluan dan bantuan sampai ke setiap pelosok kawasan yang berdepan bencana pada Januari lalu.
Banjir | Terus hulurkan bantuan, norma baharu jadi keutamaan - YDP Agong
Pandemik penularan COVID-19 yang melanda negara, pastinya menjadi antara kebimbangan besar buat Baginda berdua.
Tatkala rakyat diancam wabak itu, kudrat bakti terus dihulur oleh pasangan DiRaja.
Titipan titah buat rakyat, jangan alpa patuh SOP, buat petugas barisan hadapan, jangan mengalah atau putus harapan.
Tunku Azizah terus mencurah keringat apabila baginda menggunakan air tangannya sendiri dalam menyajikan makanan buat petugas perubatan.
BACA: Raja Permaisuri Agong jamu petugas perubatan masakan hasil air tangan baginda
BACA: Tunku Azizah 'tukang masak' dari istana untuk rakyat
Senyuman terukir walau lelah dirasa para petugas barisan hadapan tatkala pelbagai menu masakan dari Istana Negara disajikan buat mereka.

Menjunjung kasih dan terima kasih kepada SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan kami di Hospital Sungai Buloh. Bantu kami. Duduk di rumah. pic.twitter.com/fS9jsYXcP0

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

NOTA: Layari semua berhubung Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja di laman mikro Astro AWANI.

#Agong Kita #COVID-19 #pandemik #mangsa banjir #Al Sultan Abdullah #Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Anniversary Agong #pasangan diraja #35 tahun pasangan diraja #banjir
;