Kembalilah ke sekolah jika tidak faham isu - Tun Mahathir
Hafiz Marzukhi
Mac 14, 2017 19:36 MYT
Mac 14, 2017 19:36 MYT
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Sekijang Anuar Manap berhubung isu pemilikan kekal tanah di Forest City, Johor
"Semua orang boleh melihatnya, tanah itu adalah hak milik kekal.
"Namun, kalau dia tidak faham (Bahasa Melayu), eloklah dia kembali semula ke sekolah," kata beliau dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PPBM di Petaling Jaya pada petang Selasa.
Pada pagi Selasa, Anuar telah menyangkal dakwaan Dr Mahathir bahawa Kerajaan Johor sudah memberikan hak milik kekal tanah negeri kepada orang luar dalam projek Forest City.
Menurut beliau, status hak milik kekal adalah hanya untuk hak milik strata.
"Tiada seinci pun tanah Johor yang dimaksudkan adalah hak milik kekal," katanya kepada portal berita Malaysiakini