Kembalikan GST: "Mereka sedar, menyesal akan kesilapan" - Tajuddin

Astro Awani
November 24, 2021 15:46 MYT
Kata Tajuddin, pihak yang sebelum ini menolak GST dan memilih untuk melaksanakan kembali SST telah sedar dan menyesal dengan kesilapan yang dilakukan. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta kerajaan supaya mengembalikan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Jelasnya, pihak yang sebelum ini menolak GST dan memilih untuk melaksanakan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah sedar dan menyesal dengan kesilapan yang dilakukan.
"Bolehkah kita kembalikan sistem percukaian ini daripada SST kepada GST?
"Kerajaan terdahulu telah membuat kesilapan menukarkan sistem percukaian ini kepada SST lalu menyebabkan banyak kerugian hasil kerajaan.
"Kalau boleh, kita perkenalkan semula cukai GST ini dengan segera, maka kita boleh mengharapkan peningkatan hasil kepada kerajaan.
"Saya rasa, ramai yang menyokong termasuk pihak yang dahulunya tidak menyokong GST pun sekarang ini sudah menyesal dan sedar akan kesilapan mereka itu," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta kerajaan mengembalikan cukai SST kepada GST kerana kesilapan kerajaan dahulu yang menukar sistem percukaian berkenaan.#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/6JlSAkl5rf

— Astro AWANI (@501Awani) November 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, beberapa ahli Parlimen seperti Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) dan badan pemantauan ekonomi, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) mencadangkan supaya GST kembali dilaksanakan di negara ini.
Malah, pada penghujung tahun lalu, kerajaan telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelaksanaan semula GST.
#Tajuddin Abdul Rahman #Dewan Rakyat #laksana semula GST #Najib Razak #Parlimen
;