Kematian tertinggi COVID-19, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM

Astro Awani
Julai 21, 2021 19:13 MYT
Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 yang dicatat sehingga kini adalah 7,440 kes. - Gambar fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Angka kematian baharu akibat COVID-19 negara meningkat kepada 199 kes, sekali gus menjadi kes kematian tertinggi yang dicatat setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Rabu;
1) Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali menurun apabila merekodkan 11,985 kes sepanjang 24 jam lalu.
2) Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 5,550 jangkitan, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,174 kes, Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Sabah (657) dan Johor (644).
3) Dari keseluruhan 11,985 kes, hanya 0.5 peratus atau 65 kes berada pada kategori 5 iaitu kritikal dan menggunakan ventilator.
4) Kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 137,587.
5) Seramai 927 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
#ICU #KKM #COVID-19 #jangkitan #kritikal #alat pernafasan #Dr Noor Hisham Abdullah
;