Kematian Siti Kharina akibat luka hirisan di leher
Bernama
Mei 17, 2019 07:39 MYT
Mei 17, 2019 07:39 MYT
Kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, punca kematian Siti Kharina, 40, itu diperoleh hasil bedah siasat terhadap mayat wanita itu yang dijalankan pada Khamis.
Pada Khamis, Siti Kharina dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.
Berikutan itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat kes itu, iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria.
Siti Kharina, dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang. Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.- Bernama
#Cyberjaya
#dibunuh
#Fadzil Ahmat
#jenayah
#Ketua Jururawat
#kondominium
#mayat
#Nigeria
#Siti Kharina
#wanita