Kematian ke-6 jemaah Malaysia di tanah suci
Razak Chik
Oktober 5, 2013 14:58 MYT
Oktober 5, 2013 14:58 MYT
Seorang lagi jemaah wanita, Masitah Mohamed Noor meninggal pada hari Jumaat 4 Oktober menjadikan jumlah kematian enam sekarang di tanah suci untuk musim Haji 1434 Hijrah.
Masitah, 70 tahun dari Kampung Laut, Lenggong, Perak dari Maktab 91, menginap di Qasr Janadariyah meninggal akibat masalah jantung di Hospital An Noor di Makkah.
Allahyarhamah meninggal pada jam 2:45 pagi hari Jumaat dan telah selamat dikebumi di tanah perkuburan Syara’ek.
Hingga 5 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah 1434 Hijrah, seramai 19,507 jemaah haji Malaysia sudah berada di Tanah Suci.
Sebanyak 56 penerbangan sudah tiba di Arab Saudi berbakikan 6 lagi penerbangan yang masih belum berlepas dari Tanah Air.