Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan

Bernama
April 28, 2023 10:30 MYT
Sebelum ini, dua kanak-kanak di Kelantan dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat strok haba. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.
-- BERNAMA
#strok haba #kanak-kanak meninggal dunia #Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan #siasatan
;