Kematian di Pengereng tiada kaitan dengan Rapid

Astro Awani
Januari 3, 2013 07:23 MYT
Kematian tiga sekeluarga di Kampung Jawa, Pengerang tidak ada kena-mengena dengan pengambilalihan tanah bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) yang bernilai RM60 bilion.
Perkara itu dinyatakan ketua kampung berkenaan Mohamad Arifin Nahar yang turut menafikan khabar angin yang disebar pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mohamad Arifin berkata penduduk kampungnya termasuk dirinya tidak menerima sebarang notis mahupun surat berkaitan pemindahan dan pampasan rumah daripada kerajaan negeri.
Justeru dakwaan si mati menerima pampasan rendah tidak berbangkit sama sekali. Penduduk kampung juga menegaskan dakwaan yang dibuat sebagai tidak berasas.
Kematian tiga sekeluarga terbabit jadi kecoh selepas ia dikaitkan dengan tekanan perasaan. Mereka dikatakan bakal kehilangan rumah tanpa pampasan yang sewajarnya.
#Kampung Jawa #pengerang
;