Kematian Chavez bakal ubah politik Venezuela

Astro Awani
Mac 6, 2013 08:38 MYT
Pasca kematian Hugo Chavez menyaksikan lanskap politik Venezuela dijangka berubah menjadi lebih berhaluan tengah.
Hubungan negara Amerika Latin itu dengan Amerika Syarikat turut dilihat mempunyai peluang untuk diperbaiki sekiranya Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden akan datang.
Pandangan itu telah dinyatakan oleh Geostrategis Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Azmi Hassan.
Ikuti perbualan telefon wartawan Awani bersama Dr. Azmi Hassan melalui video di atas.
#Dr. Azmi Hassan #Hugo Chavez #Nicolas Maduro #Venezuela