[KEMAS KINI] Jangkitan baharu COVID-19 meningkat kepada 3,684 kes

Firdaus Azil
Januari 13, 2022 06:34 MYT
Penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes negara sebanyak 2,798,917 kes.
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 3,684 kes.
Menurut perkongsian terbaharu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 2,798,917 kes.

Pada 13 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,684 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,798,917 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kenyataan media hariannya, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 3,650 kes atau 99.1 peratus terdiri daripada kategori 1, 2 dan 3, manakala bakinya 34 kes (0.9 peratus) dalam kategori 4, dan 5.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 192, di mana 178 kes disahkan COVID-19, 14 lagi kes disyaki, kemungkinan, dan dalam siasatan.

Kenyataan Akhbar KPK 13 Januari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia https://t.co/MLowI2eFsA

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula, kata Dr Noor Hisham, sebanyak 91 kes, di mana 70 disahkan COVID-19, dan baki 21 lagi kes disyaki, kemungkinan, dan dalam siasatan.
Daripada keseluruhan kes baharu, beliau berkata, sebanyak 321 adalah kes import melibatkan 233 warga negara, dan 88 bukan warga negara.
Bagi 3,363 kes tempatan pula, 3,274 atau 97.4 peratus adalah warga negara, manakala baki 89 kes lagi (2.6 peratus) bukan warga negara.
Sehingga jam 12 tengah hari, beliau berkata, kes sembuh harian adalah sebanyak 3,292 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,726,891 kes atau 97.4 peratus.
Sementara itu, Sabah, Putrajaya, dan Kuala Lumpur terus mencatatkan R-naught tertinggi iaitu 1.08, diikuti Negeri Sembilan dan Melaka, iaitu 1.02.
Lain-lain wilayah dan negeri mencatatkan R-naught di bawah 1.0, manakala nilai seluruh negara kekal pada 0.99.
Awal hari ini, Bernama melaporkan, sebanyak 97.8 peratus atau 22,893,234 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 99 peratus atau 23,175,181 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 90.8 peratus atau 2,858,992 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 88 peratus atau 2,770,412 individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.
#COVID-19 #kes baharu harian #Ketua Pengarah Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah