[KEMAS KINI] COVID-19: 3,764 kes baharu direkodkan dalam 24 jam

Raja Hisyam Raja Zaid
Januari 20, 2022 06:48 MYT
KKM turut melaporkan 13 kes kematian setakat Rabu dengan tiga kes membabitkan brought-in-dead (BID). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,764 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini jangkitan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,820,927.
Selain itu, 13 kes kematian turut dicatatkan setakat Rabu dengan tiga kes membabitkan brought-in-dead (BID) direkodkan dalam tempoh tersebut.

Pada 20 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,764 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,820,927 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu KKM juga merekodkan 3,254 kes sembuh pada Khamis dengan mmenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 2,747,457 kes iaitu 97.4 peratus.
Manakala jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 75 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 17 kluster baharu turut direkodkan hari ini dengan jumlah kluster yang aktif adalah sebanyak 214 kluster.
Manakala jumlah kluster yang telah ditamatkan adalah 6,058 kluster.
#bid #brought-in-dead #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #Kementerian Kesihatan #KKM #Noor Hisham Abdullah