Kemas kini akan datang Windows 11 wajibkan sokongan set arahan POPCNT

Amanz
Februari 15, 2024 09:50 MYT
Ia juga mungkin kedengaran sebagai sesuatu masalah yang serius, tetapi set arahan POPCNT ini sudahpun disokong pada semua CPU-CPU moden. - Gambar hiasan/Amanz
KEMAS kini besar seterusnya sistem operasi Microsoft, iaitu Windows 11 24H2 akan tiba tidak lama lagi, dan dengan perkembangan ini, Microsoft dilihat mengemas kini kod sistem operasi mereka.
Ia kini memerlukan sesebuah CPU untuk menyokong set arahan POPCNT untuk membolehkan kemas kini tersebut dimuat turun dan dipasang.
Set arahan POPCNT ini secara lazimnya digunakan untuk tujuan “boot” sistem operasi Windows, dan juga untuk perisian pemandu USB XHCI sesebuah komputer.
Secara lazimnya, selepas kemaskini ini, jika CPU sesebuah komputer tidak menyokong set arahan ini, mereka tidak akan boleh menggunakan sistem operasi Windows 11 yang terbaru.
Ia juga mungkin kedengaran sebagai sesuatu masalah yang serius, tetapi set arahan POPCNT ini sudahpun disokong pada semua CPU-CPU moden.

So HUGE discovery found in Windows 11 Version 24H2, since build 25905. A CPU with the instruction "POPCNT" IS NOW REQUIRED! There are various system files requiring the POPCNT CPU instruction, from the Windows 11 kernel to the USB XHCI drivers. Without POPCNT, it doesn't boot! pic.twitter.com/vCWYvzfu6k

— Bob Pony (@TheBobPony) February 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ia diperkenalkan sejak siri CPU Intel Core generasi pertama dan juga pada siri CPU AMD Phenom pada awal 2000.
Kemas kini terbaru ini bermakna bahawa CPU-CPU yang dilancarkan sebelum era tersebut tidak lagi akan disokong, khususnya CPU di era Intel Core 2 Duo, AMD Athlon, AMD Sempron dan sebagainya.
Jika anda seorang yang suka menggunakan komponen-komponen retro untuk menggerakkan perisian-perisian dan sistem operasi baru, ini mungkin satu berita yang kurang menggembirakan untuk anda.
SUMBER Tom’s Hardware
#POPCNT #Windows 11 #cpu #komputer
;