Kemangkatan Tunku Abdul Jalil: Selebriti tanah air imbas kemesraan Almarhum

Kohilah Sekaran
Disember 6, 2015 12:38 MYT
Selebriti tanah air mengimbas kemesraan serta keramahan Almarhum Tunku Jalil sewaktu hayatnya di media sosial.
Malaysia semalam dikejutkan dengan berita kemangkatan Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru pada malam Sabtu.
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar mangkat selepas beliau bertarung dengan kanser hati selama beberapa tahun.
Berita sedih terus menyelubungi laman media sosial negara berikutan kemangkatan putera raja yang berusia 25 tahun itu.
Antara akaun awal yang mengumumkan berita kemangkatan itu ialah Tengku Puan Pahang menerusi Instagram rasmi baginda.
Pengguna media sosial mengimbas keramahan dan kemesraan baginda sewaktu hayatnya.
Susulan berita kemangkatan mula tersebar, berita sedih terus menyelubungi media sosial dengan rata-rata pengguna media sosial menyampaikan doa serta ucapan doa kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil serta kepada keluarga Sultan Johor.
Selebriti tanah air juga tidak terlepas dalam mengimbas kemesraan serta keramahan Almarhum sewaktu hayatnya di media sosial.
Antara akaun yang mendapat perhatian ialah penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang cukup rapat dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Menerusi laman Instagramnya, Siti berkata beliau kehilangan seorang kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya kesedihan.
Selain Siti, beberapa selebriti tanah air yang lain turut berkongsi berita kesedihan itu di akaun media sosial masing-masing.
#Johor #mangkat #selebriti #tunku abdul jalil
;