Kemaluan tersepit celah kerusi, warga emas Sungai Siput tahan sakit setengah jam
Abd Razak Mohd Ali
Jun 8, 2017 09:35 MYT
Jun 8, 2017 09:35 MYT
Seorang lelaki warga emas terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit apabila kemaluannya tersepit pada celah kerusi plastik di rumahnya di Jalan Jalong, Kampung Baru Simpang Jalong di sini pada Rabu.
Difahamkan, kemaluan lelaki berusia 80 tahun yang telah uzur itu tersepit pada lubang kerusi berkenaan yang digunakannya untuk mandi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohammad Zaidi Md. Lazim berkata, di hari kejadian, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.43 petang.
Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, didapati mangsa berada di dalam bilik air di rumahnya dengan kemaluannya masih tersepit di celah kerusi plastik berkenaan.
"Operasi menyelamatkan mangsa segera dilakukan dengan anggota menggunakan alat khas untuk menarik bahagian lubang kerusi itu sebelum berjaya mengeluarkan kemaluan mangsa.
"Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan diberikan rawatan awal oleh Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS)," ujarnya.
Operasi tamat pada pukul 7.18 malam.
#air
#bomba
#EMRS
#Jalan Jalong
#Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput
#lelaki
#mangsa
#operasi
#Sungai Siput
#warga emas