Rakan kepada Justinian Tan, lelaki warga Singapura yang meninggal dunia akibat kecederaan dalam Kemalangan Kenderaan Bermotor (MVA) di Johor Bahru, berkata halangan bahasa mungkin menyebabkan berlakunya salah faham dengan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 25 Ogos lepas.
"Apabila kemalangan itu berlaku, banyak perkara berlaku serentak, jadi menunggu bantuan tiba terasa amat lama.
"Saya ingatkan ia mengambil masa 30 minit tetapi catatan log mereka berbeza pula," kata Joshua De Rozario, 25, yang merujuk kepada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.
Menurut laporan The Straits Times, De Rozario berkata mungkin berlakunya salah faham semasa di hospital itu kerana kakitangannya "bertutur dalam bahasa Melayu dan kami bercakap dalam bahasa Inggeris, dan kami mengalami kesukaran untuk berkomunikasi".
"Ramai daripada kita yang pergi ke JB (Johor Bahru) untuk makan malam atau membeli-belah, dan kita sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sesuatu berlaku di sana," katanya yang dipetik berkata demikian dalam laporan itu.
"Itulah yang kami mahu sampaikan. Ia bukan tentang membalas dendam kerana itu tidak akan mengembalikan Justinian. Kami mahu meneruskan kehidupan," katanya.
Pada Jumaat, KKM menyatakan bahawa tidak ada kelewatan atau desakan pembayaran sebelum HSA memberikan rawatan kepada Tan.
BACA: Artikel tidak berasas: KKM diminta ambil tindakan undang-undang ke atas portal Singapura
BACA: Isu HSA: Kementerian akan hantar surat kepada Singapura - Dr Subramaniam
Kenyataan KKM dibuat susulan laporan sebuah portal berita Singapura bahawa mangsa mengalami kecederaan kritikal akibat MVA itu, dan mendakwa masa respons ambulans HSA adalah terlalu lama sehingga 30 minit.
Tan meninggal dunia akibat kemalangan langgar dan lari membabitkan sebuah kereta Proton Saga ketika beliau dan lima rakannya sedang menuju ke kenderaan mereka selesai menjamu selera kira-kira 3 pagi di Johor Bahru.
Tan kemudian dipindahkan ke Hospital Besar Singapura dan meninggal dunia lima hari kemudian selepas alat bantuan pernafasan ditanggalkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2017
![Kemalangan warga Singapura: Mungkin ada salah faham - rakan mangsa Kemalangan warga Singapura: Mungkin ada salah faham - rakan mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468289827_Bodies.jpg)
Tan meninggal dunia akibat kemalangan langgar dan lari membabitkan sebuah kereta Proton Saga ketika beliau dan lima rakannya sedang menuju ke kenderaan mereka selesai menjamu selera kira-kira 3 pagi di Johor Bahru. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581234445_RoyalCaribbean.jpg)
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
![Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71551192303_ambulansarawak.jpg)
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.