Kemalangan treler dan tiga kereta, lebuh raya PLUS sesak 8km

Bernama
Jun 8, 2024 04:52 MYT
Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian. - Foto akaun X PLUS Trafik
KUALA LUMPUR: Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta hari ini.
PLUS Trafik dalam hantaran menerusi laman X memaklumkan kemalangan yang dilapor berlaku kira-kira 9 pagi tadi antara laluan Southville City ke Bandar Putra Mahkota itu mengakibatkan lorong tengah dan lorong kanan lebuh raya berkenaan terhalang.
"Setakat 11.44 pagi, lorong kanan dan tengah masih ditutup bagi proses pengalihan (kenderaan terlibat kemalangan), manakala lorong kiri dan lorong kecemasan boleh dilalui. Sila guna laluan alternatif," menurut PLUS Trafik.

10:54hrs Status terkini, lorong kanan & tengah masih ditutup bagi proses pengalihan manakala lorong kiri & lorong kecemasan boleh dilalui dilokasi. Trafik sesak 8Km. Sila guna laluan alternatif. Harap maklum.@llmtrafik https://t.co/fsSdD3DDqi pic.twitter.com/Qqak8ZIn1u

— plusline1800880000 (@plustrafik) June 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
#kemalangan treler dan kereta #Lebuh Raya PLUS #Southville City ke Bandar Putra Mahkota #kesesakan