Kemalangan Terowong Menora: Keadaan trafik kembali lancar

Nazialita Geynna Maharan
Februari 19, 2018 15:46 MYT
Keadaan kesesakan yang terjadi akibat insiden kemalangan di Terowong Menora pada pagi tadi. - Gambar fail
Kesesakan lebuhraya di Terowong Menora yang berlaku sekitar pukul 11 pagi tadi kini telah beransur pulih dan lalu lintas juga telah kembali lancar.
Dalam insiden sekitar 11.30 pagi itu, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Saga Aeroback di Kilometer 261.4 telah menyebabkan kesesakan teruk kepada pengguna lalu lintas.
Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) laluan lebuhraya PLUS ke arah utara telah kembali lancar sekitar jam 1.16 petang selepas usaha penyuraian dan pengalihan kenderaan yang terlibat kemalangan dilakukan sekitar jam 12.12 tengah hari.

1316hrs Status kemalangan di dalam Terowong Menora Km 261.4 dari Ipoh (U) menuju Kuala Kangsar. Trafik kembali lancar. Selamat memandu.@LLMinfotrafik https://t.co/eX7Maytuw3

— plusline1800880000 (@plustrafik) February 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Semua laluan telah dibuka dan insiden selesai sepenuhnya, trafik kembali lancar,” dalam satu petikan Twitter LLM sebentar tadi.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan kejadian kesesakan lalu lintas yang menyebabkan ramai pengguna jalan raya terperangkap di lebuhraya PLUS.
#kemalangan #lalu lintas #LLM #pengguna lebuh raya #PLUS #Terowong Menora #trafik
;