Kemalangan ragut nyawa pengantin baharu

Astro Awani
Februari 6, 2022 20:50 MYT
Nahas itu menyebabkan mangsa Muhammad Mustaqim Mustafa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita hanya sempat menikmati detik manis sebagai pengantin baharu lebih 70 jam apabila suaminya maut dalam kemalangan jalan raya.
Kemalangan berlaku di Jalan Kampung Surau Panjang di sini, sekitar pukul 1.10 tengah hari Sabtu.
Nahas itu menyebabkan mangsa Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Mangsa baru sahaja melansungkan perkahwinan bersama Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, pada Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motorsikal jenis Yamaha Ego dari arah Surau Panjang menghala ke Kedai
Buloh telah bertembung dengan sebuah lori.
"Susulan kejadian itu mangsa telah tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala," katanya ketika dihubungi.
#pengantin baharu #maut kemalangan #Jalan Kampung Surau Panjang #Kuala Terengganu
;