Kemalangan LRT akibat kecederaan parah pertama kali berlaku

Bernama
Mei 24, 2021 05:25 MYT
Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Projek Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) pertama di ibu negara memulakan operasinya pada Disember 1996 dengan Fasa 1 menghubungkan Ampang dan Sultan Ismail.
Dikenali sebagai STAR LRT, perkhidmatan itu turut ditawarkan bagi kawasan Sri Petaling. Kedua-duanya kini dinamakan semula sebagai Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.
Selain itu, Lembah Klang juga mempunyai satu lagi perkhidmatan LRT untuk kawasan Petaling Jaya, dulu dikenali sebagai PUTRA LRT, iaitu Laluan Kelana Jaya.
LRT di Lembah Klang telah diusulkan sejak 1980-an apabila Kajian Pengangkutan Pelan Induk Kuala Lumpur mendapati ibu kota memerlukan sistem rel bersepadu untuk membaiki infrastruktur pengangkutannya.
Kini berperanan sebagai antara mod pengangkutan awam utama Lembah Klang, perkhidmatan ini juga tidak terlepas daripada insiden termasuk yang membabitkan kecederaan dan berikut adalah antara insiden melibatkan ketiga-tiga laluan sejak mula beroperasi:
-- BERNAMA
#LRT #kemalangan #STAR #pertama #pengangkutan awam
;