Kemalangan DUKE: Dua pemandu mengaku tidak bersalah

Syafique Shuib
Mei 8, 2015 11:43 MYT
Rakaman CCTV yang tersebar di media sosial menunjukkan kereta pemandu Myvi dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE.
Dua pemandu kereta jenis Myvi yang terbabit dalam kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga Sabtu lepas didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pagi tadi.
Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31 dan Siti Noor Aini Mohd Sai, 35 didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.
Bagi kedua tertuduh, majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan wang jaminan RM9000 dengan seorang penjamin.
Lesen memandu juga digantung sehingga kes selesai dan pasport antarabangsa mereka harus diserahkan kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 22 Jun untuk kedua-dua tertuduh.
Siti Noor Aini diwakili dua peguam S. Ravenesan dan S. Preakas manakala Mohammad Fizal diwakili peguam Hashim Ibrahim.
Ketiga-tiga enggan memberikan sebarang komen berhubung kes ini.
"Kita tunggu dan lihat," kata S. Ravenesan ringkas.
BERITA LANJUT MENYUSUL
WAWANCARA KHAS: Saksi terawal ceritakan detik cemas kemalangan DUKE
CCTV: Rakaman CCTV bukti pemandu kereta Myvi seperti berlumba
FAMILIA MYVI CLUB: 'Kami beri kerjasama, sokong pemandu Myvi bersalah dihukum' - Wakil FMC
TEGAS: "Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira kepada Zahid
TEGAS: Ini soal nyawa, 'orang dalam' pun akan diambil tindakan - Zahid Hamidi
FMC: Pendaftaran FMC boleh dibatalkan jika ada kaitan nahas di DUKE
KHAS: Siti Nurhaliza tunai permintaan Amira, nafi mahu ambil sebagai anak angkat
#DUKE #Mohammad Fizal Reza #Myvi #Siti Noor Aini Mohd Said
;