Kemalangan: ADUN Balakong maut

Astro Awani
Julai 19, 2018 17:31 MYT
Tien Chee maut dalam kemalangan di KM12 Lebuhraya Cheras-Kajang malam tadi. - Gambar fail
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.
Mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.
Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV jenis Nissan x-Trail melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.
Mendiang Tien Chee, 40 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.

[VIDEO] Siasatan awal mendapati mangaa yang memandu kenderaan SUV melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsensi lebuhraya berkenaan. @501Awani pic.twitter.com/ouRGIAYI2i

— Syaz AWANI (@ssnsyzwani) July 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Beliau turut menyatakan kesedihan apabila menerima berita tersebut.

Adun Balakong YB Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di kilometer 12 lebuhraya Cheras- Kajang, kenderaan mangsa dipercayai dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang - Sumber Polis @501Awani pic.twitter.com/TSSObB7iFi

— Syah Hairizal (@syahhairizal) July 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Ng mengalahkan dua pencabar, Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan kelebihan 35,538 undi.
Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).
#Adun Balakong #Amirudin Shari #BALAKONG #kemalangan #maut #Ng Tien Chee #Selangor