Kemajuan projek LCS: MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC - Adly

Bernama
September 7, 2023 20:50 MYT
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kementeriannya sentiasa bersedia dan komited untuk memberi kerjasama berhubung maklumat projek LCS sama ada di Parlimen atau melalui PAC. - Foto BERNAMA
KAJANG: Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kementeriannya sentiasa bersedia dan komited untuk memberi kerjasama berhubung maklumat projek LCS sama ada di Parlimen atau melalui PAC.
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sebelum ini berkata pihaknya akan memanggil MINDEF bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kemajuan projek pembinaan LCS bagi bulan Jun hingga September tahun ini.
Beliau berkata program itu selaras dengan Kertas Putih Pertahanan yang menzahirkan iltizam kerajaan untuk memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan merangsang serta menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi termasuk dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
"STRIDE juga menganjurkan Pertandingan Inovasi Pertahanan bertemakan Tentera Masa Hadapan bagi mencungkil bakat pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi untuk hasilkan projek berimpak tinggi," katanya.
Sebanyak 47 sekolah di seluruh negara menyertai Pertandingan Inovasi Pertahanan bertemakan Tentera Masa Hadapan itu yang bermula pada 24 Mei lalu dan pertandingan akhir bakal diadakan di Melaka International Trade Centre, Melaka pada 9 Nov ini.
-- BERNAMA
#Mindef #LCS #PAC #Kementerian Pertahanan #Adly Zahari
;