Kemahiran tidak padan, punca sukar gaji bakat dalam industri digital
Bernama
April 1, 2022 08:45 MYT
April 1, 2022 08:45 MYT
KUALA LUMPUR: Industri digital Malaysia yang sedang berkembang pesat berhadapan cabaran menggaji bakat berikutan kemahiran yang tidak sepadan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata ini berlaku meskipun tenaga kerja adalah berpendidikan tinggi, memandangkan calon-calon kekurangan kepakaran tertentu untuk memenuhi kemahiran yang diperlukan.
Justeru, katanya, kementeriannya perlu berusaha ke arah memenuhi permintaan industri dari segi kemahiran dan kepakaran, ekoran implikasinya kepada pasaran buruh global.
"Ini mungkin bukti terdapat keperluan untuk menambah baik program pemahiran semula dan untuk pendidik, terdapat keperluan mendesak untuk kita mempertimbangkan silibus pengajaran yang bersesuaian dan relevan secara lebih teliti," katanya pada Sidang Kemuncak Pendidikan dan Pembelajaran Malaysia 2022 pada Khamis.
Beliau menambah latihan industri, perantisan atau program mentor harus dijadikan keutamaan, bagi menyediakan tenaga kerja dengan pengalaman kerja pragmatik dan membolehkan mereka membina kejayaan sesuatu perniagaan.
-- BERNAMA