Kem transit bukan Holocaust untuk dijadikan destinasi pelancongan - Media Sosial

Mariah Ahmad
Jun 1, 2015 09:53 MYT
Pengguna sosial media di Malaysia mempersoalkan relevan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mencadangkan kem pemerdagangan manusia sebagai destinasi pelancongan - Gambar fail
Susulan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang melihat kem pemerdagangan manusia yang ditemui di sempadan Thailand-Malaysia berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan, ramai pengguna sosial media di Twitter dan Facebook mempersoalkan rasional di sebalik cadangan beliau.
Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan cadangan Shahidan itu kerana berpendapat masanya tidak bersesuaian.
Bagi pengguna Facebook Muhammad Ariffin Kussasi, dia berkata Shahidan tidak sepatutnya mencadang perkara itu memandangkan siasatan polis masih lagi belum selesai.
"Kes tidak habis lagi dan pembunuh masih belum ditangkap, mengapa sibuk cerita pasal duit?" kata Muhammad.
Bagi pengguna Twitter Farah Nadiah, dia berkata terlalu awal bagi Shahidan untuk mencadangkan perkara itu memandangkan pihak forensik masih lagi menjalankan siasatan di kawasan kem itu.

Not too soon, Shahidan. The camp is still being swarmed by our forensics. https://t.co/0mQx15YGzs

— Farah Nadiah (@thatsofarah) May 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang melihat cadangan Shahidan itu sebagai tidak sensitif dengan penderitaan yang dialami mangsa pemerdagangan manusia.
"Tempat pelancongan atas penderitaan orang lain? Aduhai," keluh pengguna Facebook bernama Hana Natsumi.
Ada yang mengatakan Shahidan perlu memberi perhatian kepada destinasi pelancongan di Perlis yang sedia ada dahulu sebelum menjadikan kem pemerdagangan manusia ini sebagai tempat kunjungan orang ramai.
"Banyak destinasi pelancongan di Perlis gagal sebelum ni, nak cakap mengenai kem ni pula. Tasik Meranti hanya cantik sedikit dengan chalet yang dibina di sana. Banyak duit dihabiskan tapi sekarang jadi tempat hantu," kata pengguna Facebook yang bernama Sani Ahmad.
Pengguna Ramsey Ramley juga bersetuju kebanyakan tempat pelancongan yang berada di Perlis tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
"Di Perlis itu banyak tempat perlancongan hidup segan mati pun segan," katanya.
Begitu juga pengguna di Twitter yang masih mencari rasional disebalik cadangan Shahidan yang mahu menjadikan kem pemerdagangan manusia sebagai tempat tarikan pelancong.

Shahidan dapat idea kem pemerdagangan manusia tu macam kem holocaust di Jerman ke camne? Aduyai.. Macam-macam.......

— wan ahmad muhaimin (@wnahmadmuhaimin) May 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani ... talking about it is painful enough to the survivors

— Energy4Malaysia (@Energy4Malaysia) May 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

nawaitu shahidan ialah nak buat mcm kemboja kununnya. tapi agak2 la. kemboja tu dulu macamana. wang kelian tu mcm mana

— al-abroryusuf (@orang_kertas) May 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam Shahidan juga berkata satu program penanaman semula pokok di seluruh kawasan kawasan penemuan kem dan kubur dipercayai milik pelarian Rohingya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Beliau yakin, penanaman semula pokok hutan di kawasan kem berkenaan dapat menutupi kisah kekejaman yang dilakukan terhadap pendatang yang menjadi mangsa dalam sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia itu
Namun bagi pengguna Facebook Syuha Sazali, dia menyifatkan tindakan penanaman semula pokok di kawasan kem itu bagi menutup kisah kekejaman bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.
Malah katanya, siasatan terhadap dalang di sebalik aktiviti pemerdagangan ini perlu diutamakan daripada mencadangkan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan.
"Kalau bukan Malaysia dalangnya tapi kejadian itu berlaku di hutan Malaysia di manakah renjer hutan? Mana mereka yang terlibat untuk memantau kawasan hutan? Tidak mungkin selama mereka bertapak di situ, tiada siapa buat kerja masuk hutan.
"Siap boleh bangga kata kem itu tiga kali lebih besar daripada kem yang ditemui sebelum ini. Mahu tanam pokok semula, kemudian jadikan ia sebagai tempat kunjungan orang ramai. Ini bukan sejarah yang sepatutnya dibanggakan," kata Syuha.
Namun ada juga melihat cadangan Shahidan ini sebagai satu perancangan yang baik untuk masa akan datang.
"Idea Shahidan mahu menjadikan ia sebagai tempat pelancongan adalah supaya tempat itu tidak sunyi lagi dan ramai orang akan lalu lalang di situ. Jadi hasilnya tempat itu tidak boleh dijadikan sebagai kem simpan pelarian seperti sebelum ini," kata pengguna Facebook Raden Sokha II.
Setakat ini, sebanyak 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia ditemui antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.
#kem pemerdagangan #pengguna sosial media #Shahidan Kassim
;