Kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion batal, perlu diteliti semula - PM Anwar
Umavathi Ramayah
Disember 6, 2022 10:21 MYT
Disember 6, 2022 10:21 MYT
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kelulusan terakhir termasuk projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion dibatal dan dihentikan serta-merta kerana tidak mematuhi peraturan serta diluluskan secara rundingan terus.
Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Kewangan untuk meneliti semula kelulusan itu bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.
"Saya juga tekankan beberapa kelulusan mutakhir termasuk kelulusan tebatan banjir yang peruntukannya sekitar RM15 bilion dan RM7 bilion daripadanya sudah diluluskan tanpa proses tender secara teratur melalui rundingan terus.
"Jumlah ini bukan kecil (walaupun) atas alasan membantu menyelesaikan masalah tebatan banjir, tetapi wujud masalah lain apabila peraturan tidak dipatuhi dan ada upaya mencari kesempatan.
"Ini amat dikesali dan saya ucapkan terima kasih kepada pegawai kanan kementerian yang bersama (namun) ini tidak bermaksud mereka selari (dengan pandangan) pada ketika itu tetapi pada ketika itu mengikut arahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya pada hari pertama beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, di sini, pada Selasa.
BERITA LANJUT MENYUSUL