Keluhan Peniaga Benteng Satok

Astro Awani
Mei 2, 2013 11:05 MYT
Peniaga Benteng Satok mendakwa budaya birokrasi menyukarkan peniaga sehingga menjejaskan mata pencarian mereka.
Menyifatkan premis baru di Jalan Matang tidak sesuai dan tidak sedia diduduki Persatuan Penjaja Benteng Satok, PPBBS mendakwa mereka seperti dianiaya selepas diarah berpindah.
Ia dikatakan tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk urusan perniagaan.
Meskipun pelbagai usaha dilakukan, namun tindak balas yang diterima menghampakan.
Hasil tinjauan wartawan mendapati, walaupun premis medan selera Benteng ini baru namun kemudahannya amat mengecewakan.
Benteng di Satok yang terkenal di kalangan pelancong kini hanya tinggal nama, selepas 56 peniaganya diarah berpindah ke premis baru .
#Benteng Satok #Persatuan Penjaja Benteng Satok #PPBBS
;