Keluarga risau, bekas pesara kerajaan hilang sejak seminggu
Afiq Ariffin
September 6, 2018 20:46 MYT
September 6, 2018 20:46 MYT
Seorang pesara kerajaan dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Beris Nanas, Kijal Kemaman sejak seminggu lalu.
Mangsa Hamdan Abu Bakar, 58 tahun yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru itu dilihat di Lebuhraya E8 Kuala Lumpur - Karak berhampiran hentian sebelah Lentang arah Kuala Lumpur pada Khamis 30 Ogos.
Menurut anak saudara mangsa, Ahmad Loqman Izzat, 27 tahun berkata, mangsa merupakan bekas pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kerteh selepas keluarga mangsa menyedari Hamdan tidak pulang ke rumah.
"Saya berharap dia (Hamdan) berada dalam keadaan selamat memandangkan dia mempunyai rekod sakit mental.
"Orang ramai mengetahui mengenai kedudukan Hamdan boleh menghubungi saya dan ahli keluarga ditalian 018-3960117 atau 019-9021212," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.