Keluarga putuskan Allahyarham Haron Din dikebumi di San Francisco - TPM

Astro Awani
September 16, 2016 08:21 MYT
Datuk Seri Ahmad Zahid memaklumkan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din akan dikebumi di San Francisco atas permintaan keluarga Allahyarham sendiri.
Timbalan perdana menteri hari ini memaklumkan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din akan dikebumi di San Francisco atas permintaan keluarga Allahyarham sendiri.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi catatan terbaharunya di akaun Twitter rasmi beliau berkata telah berhubung dengan keluarga Allahyarham dan dimaklumkan tentang perkara itu.
"Baharu bercakap dgn keluarga TG Dt Dr Harun Din. Keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco. Solat jenazah di Masjid AnNur di sana," kata Datuk Seri Ahmad Zahid.

Baharu bercakap dgn keluarga TG Dt Dr Harun Din. Keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco. Solat jenazah di Masjid AnNur di sana.

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) September 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu Ahmad Zahid menerusi catatan terbaharunya dalam laman Twitter rasminya berkata beliau dan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menguruskan penghantaran jet ke Amerika Syarikat bagi membawa pulang jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din ke Malaysia.

Saya sekeluarga turut dukacita atas kembalinya Datuk Dr Harun Din. Sy bercakap dgn isteri beliau. PM & sy sudah urus jet bawa jnzh pulang.

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) September 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad Zahid berkata beliau sekeluarga berasa dukacita dengan pemergian tokoh Islam negara itu dan mendoakan beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama hamba-Nya yang soleh.
"Saya sekeluarga turut dukacita atas kembalinya Datuk Dr Harun Din. Saya bercakap dgn isteri beliau. Perdana Menteri dan saya sudah urus jet bawa jenazah pulang.
"Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambanya yg soleh. Al Fatihah," katanya.

Merasai kesedihan pemergian Allahyarham Ust Haron Din ke Rahmatullah. Smoga dicucuri rahmat & ditempatkn bsama hambaNYA yg soleh. Al Fatihah

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) September 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
#bawa jenazah pulang #Haron Din #Mursyidul Am Pas #Najib Razak #urus jet