Keluarga mendiang Claudia mohon privasi

Bernama
Februari 4, 2013 23:52 MYT
Keluarga mendiang Claudia Theophilus, wartawan Malaysia yang terbunuh dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Lubnan, Sabtu lepas, meminta media menghormati saat kesedihan yang dilalui oleh mereka.
Seorang ahli keluarga memberitahu pada Isnin mereka masih belum dapat menerima tragedi yang menimpa anak sulung mereka yang berusia 42 tahun itu.
"Ibu bapanya yang uzur dan kurang sihat telah 'diganggu' oleh media sejak berita kematian wartawan itu dimaklumkan.
"Kami amat menghargai sekira pihak media boleh menghormati privasi kami dan berdoa untuknya," kata ahli keluarga itu.
Dilaporkan Claudia, yang berkhidmat dengan stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakannya di Beirut.
#Claudia Theophilus #keluarga #lubnan #privasi
;