Keluarga mangsa mahu saman JKSB

Astro Awani
Jun 10, 2013 07:24 MYT
Keluarga mangsa tragedi runtuhan tanjak konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung bakal mengemukakan saman.
Tindakan undang-undang terhadap syarikat konsesi Jambatan Kedua Sendirian Berhad, (JKSB) akan dimulakan pada minggu depan.
Wakil keluarga mangsa, Khairudin Zainal Abidin yang dihubungi Astro AWANI berkata tindakan itu dibuat bagi mendapatkan pembelaan dan pampasan setimpal untuk keluarga mangsa.
Ia bagi membantu keluarga mangsa menyara diri dan menanggung persekolahan empat anaknya.
Beliau juga berharap tindakan ini dapat memberi pengajaran kepada pihak pemaju supaya sentiasa menitik beratkan soal keselamatan.
#Jambatan Pulau Pinang #runtuhan
;