Selepas negara dikejutkan dengan kematian pegawai kadet laut dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mangsa Zulfarhan Osman, 21, yang dipercayai didera rakan dengan seterika wap, kali ini kejadian hampir serupa dilaporkan menimpa dua remaja lelaki di Pulau Pinang.
Dua remaja terbabit dipukul dengan topi keledar dengan salah seorang mangsa didakwa diliwat, dan mempunyai kesan melecur di bahagian belakang badan sehingga mangsa kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Menurut ibu saudara, mangsa, G Paramitha, anak saudaranya, T Nhaveen, 18 tahun kini tidak sedarkan diri dan pihak hospital memaklumkan mangsa kini koma.
Paramitha yang ditemui di HPP pada Isnin berkata, ahli keluarga kesal dengan kejadian tersebut dan mahu pihak polis mengambil tindakan wajar terhadap kumpulan terbabit yang bertindak memukul mangsa sehingga koma.
Ujarnya, tindakan memukul sehingga membahayakan nyawa ini sepatutnya tidak berlaku dan mereka tidak mahu kejadian sama berulang dan menimpa keluarga orang lain pula.
Selain Nhaveen, seorang lagi mangsa, T Previin , 19 tahun juga sedang menerima rawatan di hpp kerana kecederaan di bahagian muka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata polis sudah menahan lima lelaki berusia 18 hingga 25 tahun yang terlibat dalam kes dua remaja cedera parah dipukul kumpulan berkenaan dalam kejadian di jalan kaki bukit, Sabtu lalu.
Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari mulai 10 Jun hingga 13 Jun ini bagi membantu siasatan .
Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun sedang membeli burger sebelum terserempak dua lelaki dikenali mereka dan berlaku ejek mengejek serta berlarutan sehingga suspek menelefon enam lagi rakan.
Dua mangsa itu dipukul menggunakan helmet serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan berkenaan sebelum remaja berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan kejadian tersebutkepada bapa saudaranya.
Seorang lagi mangsa telah dibawa menaiki motosikal suspek ke kawasan padang berdekatan dan pukul kumpulan itu hingga mengalami kecederaan parah.
Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang oleh orang awam dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Astro Awani
Mon Jun 12 2017
![Keluarga kesal remaja dipukul sehingga koma Keluarga kesal remaja dipukul sehingga koma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71497263192_BuliPenang.jpg)
Dua remaja terbabit dipukul dengan topi keledar dengan salah seorang mangsa didakwa diliwat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658915306_Hospitalblackout.jpg)
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
![Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624358731_AdnanMat.jpg)
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
![Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/61575630781_MohamadSabu.jpg)
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
![Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606395170_koala.jpg)
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
![Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603018986_NoorHisham.jpg)
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
![Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598867011_kuching.jpg)
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
![Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602646788_MuhyiddinYassin.jpg)
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
![COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602849291_NoorHisham.jpg)
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
![6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah 6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602475102_NOORHISHAM.jpg)
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
![COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600166538_NoorHishamCOVID.jpg)
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.